Latar Belakang Syarikat

Renaissance Heritage Marketing Sdn. Bhd.(RHM) merupakan sebuah syarikat multi level marketing 100% Bumiputera pertama di Malaysia yang mempunyai koperasi dan berkonsepkan SAMA-SAMA UNTUNG

Sabtu, 5 Februari 2011

Maklumat Pelan Pemasaran RHM

RENAISSANCE HERITAGE MARKETING SDN BHD (RHM)
PELAN PEMASARAN SYARIKAT

PELAN A (aktif)

Pendaftaran ahli/pengedar:  RM300.00
RM250.00 (ahli akan diberikan produk) dan RM50.00
(kit perniagaan)

Pengedar boleh memilih untuk membeli produk setiap bulan dan menaja atau tiada langsung.

KELEBIHAN BELIAN SETIAP BULAN DAN MENAJA
·         BONUS TAJAAN – RM60
·         BONUS GENERASI  (BELIAN TERKUMPUL BERKUMPULAN)– dibayar sehingga lapan generasi

Bonus tajaan untuk  pelan A  akan dibayar pada hujung bulan. Pembayaran ini akan dibuat terus ke akaun bank pengedar (CIMB atau MAYBANK). Mana-mana ahli yang berjaya mendapatkan ahli baru, pihak syarikat akan membayar bonus tajaan sebanyak RM60.00 seorang.

Walau bagaimanapun. pihak syarikat  telah menetapkan syarat untuk menperolehi bonus tajaan keahlian. Ahli/pengedar yang menaja perlu membuat pembelian bulanan sebanyak RM300.00. Pembelian penajaan perlu dibuat sebelum 28hb. setiap bulan.  Jika tiada pembelian dibuat dalam tempoh tersebut, bonus tajaan keahlian ahli baru pada bulan itu akan menjadi hak syarikat.



PELAN B (BKA)
Ahli/pengedar perlu membuat pembelian peribadi sebanyak 100MP sebagai tanda KOMITMEN kepada syarikat.

Pembelian Produk: RM250.00 (100MP) 

Syarat untuk mendaftar pelan B:
Ahli/pengedar mestilah mendaftar sebagai ahli pelan A terlebih dahulu. Bonus penajaan akan dibayar kepada penaja jika ahli/pengedar baru mendaftar pelan B. Bonus penajaan ini dibayar sebanyak RM50.00 seorang.

Mengapa pelan B wujud?
Syarikat mewujudkan pelan B adalah untuk memberi bonus tahunan  kepada ahli/pengedar kerana kesetiaan ahli/pengedar kepada syarikat. Bonus ini dipanggil Bonus Kesetiaan Ahli (BKA) dan dibayar kepada  ahli/pengedar  dalam  tempoh 1 tahun bermula daripada tarikh pendaftaran pembelian di pelan B.

Bagaimana pembayaran Bonus Kesetiaan Ahli (BKA) dilakukan?
Pembayaran BKA akan dibayar terus ke dalam akaun ahli/pengedar sebanyak 2 peringkat (2 kali bayaran) seperti yang dijanjikan oleh syarikat. Pembayaran di peringkat 1 akan dikira apabila pembelian terkumpul MP  mencapai 3600MP dan 7.5% daripada jumlah MP terkumpul akan dibayar kepada ahli/pengedar, iaitu sebanyak RM270.00. Bagi pembayaran di peringkat ke-2, jumlah terkumpul MP mencapai 10,890MP ( dikira daripada jumlah MP peringkat 1). Sebanyak 18% daripadan MP tersebut akan dibayar kepada ahli/pengedar, iaitu sebanyak RM1960.00. Ini bermakna, syarikat akan membayar BKA sebanyak RM2,230.00 seorang (tempoh 1 tahun). Oleh  sebab itu, syarikat amat menggalakkan ahli/pengedar supaya membuat pembelian di dalam Pelan B, bagi membolehkan/melayakkan ahli/peserta memperoleh Bonus Kesetian Ahli (BKA) yang berterusan.



PELAN KOPERASI:
KOPERASI WARISAN AL FAIZUL KIBRI SELANGOR BERHAD (KOWAFA)

Pendaftaran Ahli: RM220.00 sekali seumur hidup
Pembelian saham koperasi:  RM500.00 sesaham (layak bagi ahli berdaftar)

AKTIVITI KOPERASI

1.    Pembekalan produk kepada RHM
2.    Perniagaan berkonsepkan perhotelan (bajet hotel)
3.    Perniagaan dalam bidang industry kecil & sederhana (IKS)
4.    Rangkaian pasaraya, pasarmini & restoran
5.    KEMUDAHAN PINJAMAN & DANA UNTUK AHLI-AHLI KOWAFA
6.    Perniagaan pajak gadai islam (ar-Rahnu)
7.    Agensi perlancongan termasuk pakej umrah ke tanah suci
8.    Perniagaan francis
9.    Logistik & ‘warehousing’


DOKUMEN YANG DIPERLUKAN UNTUK PENDAFTARAN AHLI/PENGEDAR RHM

1.    Pendaftaran Ahli/Pengedar atas nama individu
-Salinan kad pengenalan
-Salinan  akaun bank CIMB atau MAYBANK

2.    Pendaftaran menggunakan nama syarikat
-Salinan daftar perniagaan
-Salinan kad pengenalan pemilik syarikat
-Salinan akaun bank CIMB atau MAYBANK
 ‘Pastikan akaun syarikat atas nama 1 orang sahaja’. Akaun bersama tidak dibenarkan.


SYARAT-SYARAT LAIN:
-Tidak MUFLIS
-Warganegara Malaysia Sahaja
-Beragama Islam
-Berumur 18 tahun ke atas

Tiada ulasan:

Catat Ulasan